Monday, November 30, 2009

Oh la la lagi..

Salam sumer... dah seminggu lebih kitorang kat sini. so far alhamdulillah sumer ok. cuaca pun ok, tak sejuk sangat pun. Ala ala aircond kat opis aje.. hehehe. Setakat ni mmg tiap2 ari daddy bawak gi kuar jenjalan. Kitorang gi temple market, ladies market, tung chung factory outlet, fa yuen market, stanley (ni tempat wajib pegi tiap kali kami datang..hehhehe), gold fish street, harbour city, n lain2 lagi tempat sopen yg seangkatan dgnnya... :)

Tapi gambar tak banyak sebab kebanyakkannya kitorang kuar malam. So, memandangkan kitorang ni amatur, gambar sangatla tak elok..huhuhuh.

Ni gambar masa bawak Hafiy n Hurin pegi Goldfish street. sepanjang jalan kanan dan kiri kat situ mmg kedai ikan aje.. ada berpuluh2 kedai ikan.. Hafiy ngan Hurin mmg ternganga je mulut sepanjang jalan kat situ. hehehe


Ni plak gambar kat Ladies market. kalau korang datang sini, make sure tawar harga sampai setengah harga tau!

Tengokla daddy tu.. bizi tul shopping. Saper kata lelaki tak suka shopping... :P
Ok, stop sampai sini dulu. Nanti sambung lagi :) Tata...

Tuesday, November 24, 2009

Oh la la... :D

Salam sumer. :)

Alhamdulillah kami bertiga dah selamat sampai. Flight kitorang seawal 6 pg then sampai di Hong Kong Internatonal Airport pukul 9.40pg. Alhamdulillah dua2 beradik tak banyak ragam dalam flight. Sampai je kat airport daddy dah tunggu kat arrival then makan2 dulu baru balik hotel. pastu baru kitorang kuar meronda... So far, tak sempat lagi nak amik gambar view kat sini. So, letak gambar abang Hafiy n adik Hurin yg baru lepas mandi dulu... :P


Ni plak gambar last day abang Hafiy kat nursery before cuti panjang. Ibu belikan kek kunun2 nak bagi abang Hafiy hepi2 sambut birthday ngan kengkawan. Sekali lain pulak jadinya... Sakan nangis sebab dia takmo potong n makan kek ramai2 ngan kengkawan.. sabo je lah!




Ni plak my form 5 ELIT boys dok buat transformasi E.L.I.T .. jenuh gelak nak bagi siap ni. :D Sangat2 berharap esok diaorang dapat jawab paper add maths dengan jayanya.. To all my form 5, walau kat mana pun saya berada, saya sentiasa akan doakan kejayaan korang. Caiyok caiyok!!



Lastly, ni gambar masa makan ramai2 kat Pizza Hut Queensbay. Ni last day kitorang dapat kumpul lepak2 macam ni sebab ada yg diantara mereka ni yang dah dapat bertukar ke sekolah lain. To Norli, baiti & Kak Ina, do keep in touch ok! :) Semoga sukses di tempat baru nanti..

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Harijadi Idlan Hafiy

Alhamdulillah.. hari ni genap 3 tahun usia Idlan Hafiy.. Ibu dan daddy doakan semuanya yang baik2 untuk Hafiy.. Mmuahsssss! Ni ibu tempek gambar adik Hurin nyanyi lagu untuk abang Hafiy :)


Last but not least, all the best to all form 5 yang akan amik SPM besok.. Semoga dipermudahkan korang jawab exam.. Kat bawah ni gambar my class, 5 Elit. To others yang takde dalam gambar ni but i know la u all selalu skodeng my blog, good luck jugak! jawab exam elok2..


Insyaallah, our blog akan bersiaran dari Hong Kong dari 22/11 - 16/12.... Jumpa lagi!! :D