Tuesday, December 15, 2009

The Peak+ Citigate Outlets

Hari ni rajin nak update blog.. hehehe.. takyah tunggu seminggu. :) Kali ni gambar2 masa kitorang gi The Peak. Kalau nak naik the peak ni, kena naik tram. Tu yang leceh sket sebab nak kena tunggu tram ni bukan main lama, tapi naiknya kejap dah sampai pun kat atas.. View dari atas ni mmg antik sebab bleh tengok bandar Hong Kong dari atas :)
Lagi satu, kat atas ni ada madame tussaud wax museum.. So, kalau tak dapat jumpa bruce lee in real life, dapat jumpa patung dia pun jadilah! hahahaha :D Kalau tak silap, dalam museum ni seratus lebih patung...

Ni plak gambar2 kat citigate outlets. Rasanya minggu ni tiap2 ari kitorang datang sini sebab macam ada je benda nak shopping..hohoho.. Nak nak plak skang nak dekat Krismas. So, memang giler2 aaa sale! Kat dalam ni, ada outlet Coach, Crocs, Timberland, Adidas, Swatch, Guess, Mango...banyakla... memang bleh bikin poket kempis dgn lajunya...hahahha.. Lagipun, jarak outlets ni dengan hotel kitorang 5 minit je kalau naik bas... Kalau nak jalan kaki pun boleh...



Oklah, stop dulu.. nanti citer lagi :) tata....

Friday, December 11, 2009

Citer Disneyland+ jade market

Salam sumer.. Alhamdulillah external hard disk kitorang dah baik demamnya.. Memang lega sesangat sebab kalau rosak menda alah ni, abis hilang semuanya.. Bukan sebab harga tapi nilai 'memori' yang ada dalam tu.. Dari gambar Hafiy start kena timbang ngan Dr. sampailah hafiy dah ada adik Hurin yang pun dah bleh lari pantang pintu bilik terbukak :D. walaupun kitorang memang back up dgn simpan dalam CD tapi yang original ni tetap mahal harganya :)


Ni gambar hafiy dulu dan sekarang... Banyak beza tak? :)
Sambung citer gi disneyland... Ni kali kedua pegi Hong Kong Disneyland tapi yg bezanya kali ni bawak Hurin n my youngest aunty, Ceksu yang happening...heheheh.. We spent the whole day kat sana. Tu pun ada lagi tempat yang tak sempat nak pusing sebab habis masa dok beratur nak amik gambar dgn cartoon characters... mana la datang sumer manusia ramai2 ni....


Ni plak gambar dalam kedai souvenirs.. Macam biasa, mesti cari fridge magnets untuk tambah koleksi yg tak seberapa...hihihih



Ini plak gambar-gambar castle.. Kalau nak tengok fireworks ni kena tunggu sampai pukul 8.00 mlm....
Lastly, ni plak gambar kat jade market.. Ada beratus2 kedai jade kat sini tapi time nak beli tu macam biasa aaa kena pandai tawar menawar sebab kalau tempat pelancong gini, harga memang agak mahal dibandingkan dengan local market. Harga setiap gelang jade tu bleh naik 7 atau 8 kali ganda tau!
Untuk tengok lain2 gambar, jemput tengok kat facebook ek! :)

Wednesday, December 9, 2009

Hong Kong Disneyland

Salam.... letak aje dulu gambar 3 keping ni sebab kitorang ada big problem dengan external hard drive. Pesal tah... huhuhu.. sumer gambar dan segala element for digital scrapbooks ni sumer dok dalam tu... haru betul la.. Hope everything will be back to normal sooooon...



Monday, November 30, 2009

Oh la la lagi..

Salam sumer... dah seminggu lebih kitorang kat sini. so far alhamdulillah sumer ok. cuaca pun ok, tak sejuk sangat pun. Ala ala aircond kat opis aje.. hehehe. Setakat ni mmg tiap2 ari daddy bawak gi kuar jenjalan. Kitorang gi temple market, ladies market, tung chung factory outlet, fa yuen market, stanley (ni tempat wajib pegi tiap kali kami datang..hehhehe), gold fish street, harbour city, n lain2 lagi tempat sopen yg seangkatan dgnnya... :)

Tapi gambar tak banyak sebab kebanyakkannya kitorang kuar malam. So, memandangkan kitorang ni amatur, gambar sangatla tak elok..huhuhuh.

Ni gambar masa bawak Hafiy n Hurin pegi Goldfish street. sepanjang jalan kanan dan kiri kat situ mmg kedai ikan aje.. ada berpuluh2 kedai ikan.. Hafiy ngan Hurin mmg ternganga je mulut sepanjang jalan kat situ. hehehe


Ni plak gambar kat Ladies market. kalau korang datang sini, make sure tawar harga sampai setengah harga tau!

Tengokla daddy tu.. bizi tul shopping. Saper kata lelaki tak suka shopping... :P
Ok, stop sampai sini dulu. Nanti sambung lagi :) Tata...

Tuesday, November 24, 2009

Oh la la... :D

Salam sumer. :)

Alhamdulillah kami bertiga dah selamat sampai. Flight kitorang seawal 6 pg then sampai di Hong Kong Internatonal Airport pukul 9.40pg. Alhamdulillah dua2 beradik tak banyak ragam dalam flight. Sampai je kat airport daddy dah tunggu kat arrival then makan2 dulu baru balik hotel. pastu baru kitorang kuar meronda... So far, tak sempat lagi nak amik gambar view kat sini. So, letak gambar abang Hafiy n adik Hurin yg baru lepas mandi dulu... :P


Ni plak gambar last day abang Hafiy kat nursery before cuti panjang. Ibu belikan kek kunun2 nak bagi abang Hafiy hepi2 sambut birthday ngan kengkawan. Sekali lain pulak jadinya... Sakan nangis sebab dia takmo potong n makan kek ramai2 ngan kengkawan.. sabo je lah!




Ni plak my form 5 ELIT boys dok buat transformasi E.L.I.T .. jenuh gelak nak bagi siap ni. :D Sangat2 berharap esok diaorang dapat jawab paper add maths dengan jayanya.. To all my form 5, walau kat mana pun saya berada, saya sentiasa akan doakan kejayaan korang. Caiyok caiyok!!



Lastly, ni gambar masa makan ramai2 kat Pizza Hut Queensbay. Ni last day kitorang dapat kumpul lepak2 macam ni sebab ada yg diantara mereka ni yang dah dapat bertukar ke sekolah lain. To Norli, baiti & Kak Ina, do keep in touch ok! :) Semoga sukses di tempat baru nanti..

Tuesday, November 17, 2009

Selamat Harijadi Idlan Hafiy

Alhamdulillah.. hari ni genap 3 tahun usia Idlan Hafiy.. Ibu dan daddy doakan semuanya yang baik2 untuk Hafiy.. Mmuahsssss! Ni ibu tempek gambar adik Hurin nyanyi lagu untuk abang Hafiy :)


Last but not least, all the best to all form 5 yang akan amik SPM besok.. Semoga dipermudahkan korang jawab exam.. Kat bawah ni gambar my class, 5 Elit. To others yang takde dalam gambar ni but i know la u all selalu skodeng my blog, good luck jugak! jawab exam elok2..


Insyaallah, our blog akan bersiaran dari Hong Kong dari 22/11 - 16/12.... Jumpa lagi!! :D

Sunday, October 25, 2009

Buai laju laju....

Masih lagi gambar2 masa kat kampung.. Hafiy mmg sakan main buai. Dari pagi sampai ke petang dok naik buai tali ni je.. Sampaikan bila malam barulah dok ngadu sakit tangan la, sakit belakang la.. maunya tak sakit kalau dok berpaut kat buai je kejenya...
Adik hurin pun terliur gak nak naik buai... tak lepas peluang nak membuai gak..
Last ni gambar adik hurin dgn my beloved little sis, shira. Suka gambar ni sebab nampak cam klasik jek :)

Monday, October 19, 2009

Album raya part 2

Salam sumer... Sambung balik serdak2 gambar raya..hehehe.. orang lain dah siap sambut raya deepavali, myself tak habih2 lagi nak load gambar raya..huhuhuhu.. Arini pun ada kesempatan nak upload gambar sebab my school amik cuti peristiwa sempena deepavali.. mmg lega yg amat! Sebab skang ni takat sabtu ahad tu mmg tak sempat nak wat pe pon... facebook pun dah lama tak log in.. Oklah, mula2 gambar abang hafiy dok main kucing tokcik dia. tak larat nak larang sebab cian tgk kucing tu bila hafiy peluk mmg tak lepas.. semput kucing tu agaknya..huhuh
then gambar ramai2....yang ni plak gambar kat pantai kemasik. pantai ni 5 minit je dari umah achik. pagi2 pukul 7 raya ke-3 dan ke-4 kitorang dah pegi pantai.. mmg best sebab bleh tgk matahari naik.... lagi satu sebab nak bagi hafiy mandi pantai sb badan dia gatal2 pesal ntah. agaknya sakan main kucing kot. Alhamdulillah.. mmg mujarab petua mandi pantai ni... Yang dalam gambar dok tgk laut tu pakteh syafeeq.. tu mesti dia dok layan blues sebab takleh beraya ngan awek... hahahhaha


ok last, semestinya kalau ada gambar abang hafiy, mesti ada gambar adik hurin.. :) jumpa lagi next entry.. tata...


p/s: bagi sumer yang nak dapatkan layout yang putih simple jek, masa korang nak pilih layout tu, pilih MINIMA STRETCH. :)

Tuesday, October 6, 2009

Album raya part I

Fuh fuh fuh... buang sawang kat blog sket.. hehehhe... Kali ni lama betul nak update entry baru.. Memang bizi yang amat sampaikan langsung tak dapat nak curi masa nak jenguk blog. Gambar2 sumer terperam je.. Nak nak plak skang adik Hurin dah beleh jalan, so lagila takleh dok lama2 ngadap tenet sebab cik adik tu memang tak duduk diam.. Asyik jalan sana sini sampai ke dapur.. Abang hafiy plak pantang ibu ralit sket, suka betul nak dukung adik Hurin... Ish.. badan dahla nak lebih kurang jek, takut jatuh tertonggeng jek...huhuhu.. Ok, mula2 letak gambar hari buat ketupat dulu. Ni hari yang mula2 kami sampai kat Tganu :)
Then gambar adik Hurin n abang Hafiy di Hari raya :) Baju kurung adik Hurin ni malam raya baru siap.. hehehe.. Baju abang Hafiy plak daddy beli yang siap2 je before daddy pegi Hong Kong aritu.. amacam daddy?
Ni plak gambar ramai2... Tu pun bukan sumer yang dapat masuk. Takpe, gambar2 korang yang lain akan menyusul.. Tunggguuuuu...
Lastly, spesel untuk daddy tersayang... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami :) Ni pun jenuh nak tarik Hafiy amik gambar... Culas sungguh!

Sunday, September 13, 2009

Satu hari di hari raya...

Kali ni kami sambut raya di kampung opah di kemasik, terengganu.. Insyaallah akan upload gambar bebanyak tapi agak lambat sket memandangkan laptop ni mcm seram sejuk nak demam..hihihi.. banyak sangat virus dok membiak la gamaknya..:D nak edit gambar pun dah tak bleh..huhuhu... so, layan la dulu gambar nan sekeping ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sumer yang mengenali kami samada di alam nyata mahupun cyber... Mohon ampun dan maaf andai tersalah kata terkasar bahasa. Kepada daddy yang jauh nun di perantauan, selamat hari raya aidilfitri..... Walaupun aidilfitri kali ni kita tak dapat beraya bersama, daddy tetap dekat dihati...

Disebabkan kali ni cuti panjang, ibu letak stock gambar banyak2.... Mula2 gambar adik Hurin prektis jalan..
Ni plak gambar masa potong kek aritu.. beli kek kecik2 jek..:)sebab bebudak ni bukan makan sangat.. daddy jugak yang nak kena perabis...hehehhe :P

ps-- kepada sumer kengkawan yang belum sempat kami buat kunjungan balas, insyaallah lepas raya sampai la kami ek! :)

Saturday, September 12, 2009

A week without u...

Genap seminggu daddy pegi Hong kong... Dan dalam seminggu ni my life memang kelam kabut+tunggang terbalik... On the 1st day, bangun sahur 'awal giler' lagi 5 minit nak habis imsak. Sib baik sempat minum susu segelas.. Lepas tu keesokkannya, my camera kena virus! Huwaaaa... gelap gulita hidup bila kamera 'tak sihat'. Huhuhu.. all the images inside tak bleh transfer ke laptop. Sib baik ada cikgu poji yg berjaya menenyeh semua virus tu... macih sesangat!! hari Khamis plak, masa nak gi keje my car telah memberi satu 'ciuman manja' kepada kereta my neighbour... Huwaaaa... yang kena tu keter Alfa Romeo plak tu.... Sadis betul...

And yesterday, i was trapped outside for 30 minutes sebab tertinggal kunci rumah dalam rumah. Dan sepanjang 30 minit tu, saya telah menjadi pemain ragbi dengan jayanya sebab dok try rempuh pintu nak kasi terbukak.... Walhal, bila jiran saya datang (pompuan jugak), sekali rempuh jek pintu terbukak terus!!! Huwaaaa..... another 9 weeks to go..... Encik daddy cepatla balik....



Dah abis citer malang, meh tengok gambar Hafiy yang tak abis2 jadi super hero... Asyik nak suruh ibu jadi raksasa jek... mana aci!

And lastly, ni gambar peberet ibu sebab susah betul nak kasi hurin pakai tudung gini...


ps: ni pesanan daddy untuk uncle tajul... daddy kata awat susah sangat nak masukkan komen kat blog uncle tajul... yang bahagian verify words tu selalu tak kuar.. macih!

Monday, September 7, 2009

Selamat harijadi Hurin Imilin...

Esok 8 September 2009 genaplah umo Hurin satu tahun.. kejap betul masa berlalu.. Macam terdengar2 lagi tangisan hurin masa mula2 kuar dulu..

To our beloved Uyin, daddy, ibu n abang hafiy doakan semua yang baik baik dan terbaik untuk uyin... We luv u soooo much!! muahs muahssss!!

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan datang lagi...

Salam....

Alhamdulillah dah tak lama kita nak sambut bulan penuh kemuliaan dan keinsafan- Ramadhan al-mubarak.. n alhamdulillah habis ganti posa ! banyak oooo... 28 hari tau! so, next time takmo dah bersalin bulan posa....huhuhuhu... dan tahun ni Insyaallah kita pakat2 perbanyakkan amalan ibadat :) To all my students yang rajin skodeng my blog ni, jangan jadikan posa sebagai alasan malas study+tak siap homework ok! :) Mana tau berkat korang study di bulan yang mulia ni, korang akan dapat result yang best! aminnnn..
Dan yang paling best permulaan posa tahun ni mmg ngam dengan cuti skolah.. tak sabar sangat nak balik kampung! nak sahur n bukak posa kat umah opah n atok... yeayyy!! (aunty shira, pak lang n pak teh sila jangan jeles ek! heheheh)... dalam otak ni dah susun macam2 menu nak suruh opah masak.. Ish! cepatla masuk bulan posa......

Sunday, August 9, 2009

NEW PHOTOSHOP TUTORIAL

baru je update magicofcolour pasal cara2 nak buat macam ni:



jemput masuk ek! :)

Friday, August 7, 2009

User amazing award :)

Hohoho..kali ni dapat award n tag from riko. So, these are the rules:-

# Write five (5) interesting facts about the person who gave you this award.

# Jot down ten (10) interesting facts about yourself or your hobbies.

# Pick your ten (10) most deserving recipients and describe them.

# Leave a comment on the recipients' blog to tell them they've been tagged

# Paste the award badge in your sidebar

Ok, ,mula2... about cik puan riko:

~mula2 kenal kat forum CARI. then, jadi geng bila join porem BIAR BETIK. hahaha.. lawak kan nama forum ni... :D

~Sangat suka baca blog dia sebab selalu ada citer kelakar. hahaha

~Ada 2 anak dara yg kiyut: Sofea & Alisa.

~Sofea ni dulu penah kuarkat Tom Tom Bak dgn Macam2 Aznil. tapi sebab masa tu kitorang dok brisbane tak dapatla nak tunggu tengok... huhuhu

~Riko ni very soft spoken giteww.. sangat sopanla kiranya :)


ten (10) interesting facts about myself or my hobbies

1. Tak suka lipat kain. Anybody tulun la reka satu mesin lipat kain! pleaseee...
2. Sangat suka warna pink :)

3. mmg giler main online games everytime peknen. hahaha...

4. suka baking membaking ni tapi malasnya nak kemas balik...

5. pantang betul klu ada orang nak arah2+ kontrol2 me... geram weh!

6. sangat suka digital scrapping sebab seronok godek gambar anak2 ngan en daddy. :) bila dapat siapkan satu layout mmg rasa puas sangat. hilang tensen dok mengamuk kat skolah..hehehh

7. suka jahit manik kat baju.

8. tak suka buah dokong tapi lepas kawen jadi suka plak sebab buah ni mmg peberet en daddy.

9. masa peknen kat hafiy sangat suka makeup2 ni. so, everytime lepas check up mesti singgah city pi kat kaunter2 mekap tu. pastu masa tu gak rajin betul masuk porem mekap2 ni...hehheh

10. kalau makan terlebih pedas mesti telinga rasa macam pekak lepas makan tu...pelik kan? hahahah

ten (10) most deserving recipients and describe them

Tak sure antara korang ni maybe dah ada yg dah penah dapat tag ni. Kalau dah dapat, abaikan ajela ek! :P Jeng jeng jeng.... kita tengok sapa yg kena!

1. sri: ni our pren masa matriks. terer debate ooo... so, kalau nak lawan cakap sama sri ni sila pikir 40x occay...

2.tajul: ni plak geng daddy. ada gaya tersendiri kalau amik gambar. ada bakat jadi photographer..

3. amy: sangat suka baca blog amy ni sebab entry amy ni mmg lain dari yang lain.. penuh dgn isi tersirat padahal muda lagi.. tu yg buat kitorang kagum :)

4.marlin: ni plak my virtual pren. :) tak penah jumpa lagi api cam dah lama kenal.. mother to alissa n ashraf tapi badan dia menten cam anak dara yewww...

5.anna: ni pun cikgu gak tapi ada macam2 bakat. amik gambar buleh, menjahit baju buleh, jahit manik buleh... mmg ebatlah!

6. dilla: one of my bestest pren kat virtual world ni. pun tak penah jumpa lagi tapi macam dah kenal lama.. start kenal kat porem CARI gak. mmg tere amik gambar.. especially gambo2 makanan... mmg bikin terliur!

7. rika: penah satu skolah masa kat jenan. pastu jumpa balik masa matriks. A lovely mother to ain n ammar.

8. lyn spidy: the one and only my virtual pren yg penah jumpa face to face then become one of my best friend. masa dok brisbane dulu, lyn's family mmg banyak sgt tolong kitorang.. geram sgt kat twins dia yg sangat cumill- hafzal n hafzan. walaupun dia do aus lama, tapi dia punya ayam masak lemak cili api sangat meletop!

9. razima: one of my student. baru form 5. me selalu dok skodeng gak blog razima ni sebab nak tengok kot dia ada ngumpat cikgu dia ni..hahahahah

10.leen-awie: mother to daniel n damia. walaupun ada anak 2 n keje tapi rajin sambung study lagi.. cayalah!

HUh! fenat fenat.... nak hilangkan fenat kejap, kita tempek gambar dua beradik ni..:)mula2 abang hafiy...



pastu adik hurin plak..



Ahaaa.. we have a request from cik awy yang kiyut untuk promo pasal contest yang dok hangat kat suria fm skang ni (Awy, bagitau kat depa, minggu ni kena bagi kak yanie menang tau! :P) Contest ni senang jer sebab tak payah nak sign in pe pun.. just dengar radio suria fm, pastu teka lagu tu... senang kan?


kalau nak tau lebih lanjut, korang masuk website suria fm ni :http://www.suriafm.com.my/