Saturday, September 18, 2010

CONTEST MEMEK MUKA SI MANJA

SALAM.. Ni 1st time seumo idup join contest kat blog.. hahahha.. ketinggalan zaman betul la ibu ni.. dahla tu, nak tempek banner contest pun terkial2.. Kepada sesaper yg nak join contest ni gak, bleh klik kat gambar atas tu ek! Ataupun baca syarat2nya kat SINI

Oklah, ibu nak letak gambaar header blog helmiyani ni sebab namanya pun contest memek muka si manja,kan? So, memang sangat suka muka Hurin dalam gambar ni :)



NAMA: HURIN IMILIN BINT MOHD HELMI
UMUR: 2 TAHUN
Ok, Wish me luck!! ;D

Friday, September 17, 2010

Gambar Raya + FREEBIES!!

Assalamualaikum dan rasanya tak terlambat lagi bagi kitorang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.. Biasalah, kita ni kan manusia biasa.. tak terlepas dari membuat silap.. Lebih2 lagi lidah kita ni takde tulang.. Kenkadang tu tanpa sengaja ada pertuturan yg menghiris hati.. chewahhh! :) Si, kira 0-0 ek!!!

Tahun ni turn raya kat penang plak... tapi seminggu before raya tu daddy dah bawak kami balik kelantan... nyum nyum! merasa gak meronda kat bazar ramadhan kat pekan pasir puteh dan kota bharu.. yang paling best, dapat makan sup kaki@ gear box ramai2 ngan adik beradik... best best! thanks daddy....

Ni gambar ramai2 kat kelantan the day before raya :) sebabnya sehari sebelum raya baru kitorang bertolak balik ke penang.. So, memandangkan time ni puasa, abaikan la wajah2 yg tak bermaya mcm tak mandi ittewww... kuikui kui...

Ni plak gambar2 raya kat Penang.. Sesungguhnya kaler tema baju kitorang kebetulan sama plak dgn kaler umah mertua.. hahahahha.. bukan takat kaler dinding tapi complete dgn alas meja, tikar, kusyen... adesss... macam dirancang2 plak...;p Dah tu, tahun ni Hurin dgn Hafiy suka sangat buat mulut ngan muka masa amik gambar sampaikan takde satu pun gambar yg elok... huhuhu...


Tengokla, penat ibu posing tawww.. Hafiy pi buat muka ala2 tercekik plak... macam la kuat sangat ibu peluk dia... grgrrrr


Walaupun Hari raya, Otromen tetap tak cuti.... ;p

Lagi satu, masa bulan puasa aritu (lagi 2 hari nak raya) genaplah umo adik Hurin 2 tahun.. alhamdulillah... Ibu ngan daddy doakan adik Yin sentiasa sihat walafiat, jadi anak yg solehah dan semua yg baik2 ajek untuk adik Hurin... aminnn


Dan special sempena birthday adik Hurin, ibu ada sediakan digital scrapbooks freebies :) Untuk saper yg berminat, bleh download kat sini,ok! Bagi yang baru nak blaja scrapping, bleh tgk kat blog saya yang ini:--> http://magicofcolours.blogspot.com


(Klik pada gambar untuk download. Kalau tak bleh bagitau ek!)


Lastly, rasanya ramai yg dah maklum pasal blog TUPPERWARE FACTORY saya ni.. So, kalau ada kelapangan, jemput2 la ke sana ek! :) Murah2 n chumil2 koleksi tupperware kat situ tawww.. Feel free to visit http://tupperwarefactory.blogspot.com


OK, babai... lenkali jumpa lagi n insyaallah ada freebies lagi :D