Wednesday, May 13, 2009

The Terminal (PART ONE)

Daddy terpanggil untuk berkongsi cerita ni lepas baca blog kawan ibu ( http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/04/doha-jeddah-international-airport.html )
The story of my journey begins! Actually I think this is the worst ever journey I ever had. More than 3 months daddy away from lovely family just because to find sesuap nasi. Hahahaha..



1 APRIL

11am, tamat le sudah dd nyer keje kat London. Huh.. lega tul rasa n tak sabar nak balik mesia … cecepat naik bas terus gi hotel. Chk out n naik taxi terus gi airport dengan harapan dapat balik mesia secepat mungkin. Dd kalau nak balik mesia memang kena gi Hong Kong dulu sebab company nak jimat, takmo naik airline lain selain Cathay Pacific. Try untuk naik flight kol 1pm. “Sorry sir, this flt overbooked. But we can put you under standby list just in case of no show passenger”. Dengan penuh harapan aku menunggu… sampai kol 12.50 pm. Memang 1 seat pun takde kosong.. malang bermula… macam ni le kalau travel ngan airline kita keje. Priority dia untuk penumpang berbayar pastu baru staff, walaupun dd dah pegang tiket kat tangan..


3pm, dd try flt yang akan berlepas kol 6ptg. Overbooked lagi. Standby lagi..tunggu sampai kol 5.50pm… jawapan yang sama diterima. 1 seat pun takde kosong. Malang lagi….

7pm, cuba lagi untuk flt 8mlm. Flt ni lagi teruk. Overbooked by 28 passengers + 15 staff standby macam dd. Walaupun priority dd dalam list tu no 6, tapi memang takde harapan langsung aaa dengan 28 orang overbooked. Huh.. memang tepat jangkaan dd, kol 7.50pm diorang bagitau, memang takde seat kosong… diorang cadangkan reroute dd nyer ticket untuk fly gi Rome, Paris or Berlin guna British Airways. Pastu dari sana amik Cathay Pacific gi Hong Kong. Tapi untuk option ni, bukan senang. Kena dapat kelulusan dari home port nyer boss, fax black n white ke London. Tak sempat nak mintak kelulusan tu, diorang chk dalam system, flt sana pun full untuk ke Hong Kong. Jadi tak guna jugaklah kalau terbang gi sana tapi sangkut kat sana plak. Yang penting skrg mcm mana nak sampai Hong Kong Kalau dah sampai Hong Kong baru ke Penang. Susah kan?! Nak wat camna.. cam dd cakap tadi aaa… demi mencari sesuap nasi. :p

9pm, cuba lagi untuk flt 10.30pm. :~( sama je mcm yang lepas2. tunggu je kat airport tu… sampai kol 10.20mlm.. kompom memang takde peluang langsung… ish ish ish… malang berganda ganda. Tapi dalam ati, mungkin ada hikmah disebaliknya.. or tuhan nak uji kesabaran…dengan sayu n kicewanya.. melangkah balik ke hotel. Masuk balik hotel yang sama ditengah malam :P:P:P. Malam tu tak leh tido, layan je aa internet… hahahahahah…..



2 APRIL

Seawal kol 7.30am dd dah bertolak sekali lagi ke airport. Dengan harapan yang cukup tinggi melangit.. pergh.. ayat power.. hahahahaha.. macam dalam citer Awan Dania la plak. :p sampai kat kaunter, terus dd dapat boarding pass. Huh dalam hati leganya.. akhirnya.. dapat jugak. 2 beg pun dah dapat chk in. dd orang pertama chk in sbb masa tu kaunter tak buka lagi. Flt kol 12.50pm, tapi sebab dd staff so bleh le chk in awal.. Seronok sangat.. beban dalam kepala hilang… huhuhuh.. gi breakfast jalan2 dalam terminal, n cepat2 gi kat sumer security chk. Takmo dah dok kat luar tu. Terus dd gi kat tpt menunggu. Mat mat saleh ni takut sangat orang bom bom. Dia nyer cek, fuh!!! Macam2… nasib baik takkena dibogelkan jek. :p berani kerana benar, takut kerana salah… dari kol 8.30am nak tunggu sampai kol 12.50pm bukan kejap tu. Puas juga aa pusing2. Sempat jugak le sopen sopen pe yang patut. Last chance filter. Filter apa? Filter duit laaa.. hahahahah

Lebih kurang kol 11.50am, dd gi kat gate berlepas. Masa nak masuk ke dewan menunggu tu, diorang scan tiket sumer orang. Orang lain scan sumer lampu ijau nyala. Time dd, lampu merah! terkezut… rupanya diaorang upgrade naik business class. Huh lega.. ingatkan kena tahan dah tadi.. :p Masuk je kat tpt menunggu tu, dengan hati riang tengok Airbus 380 parked sebelah kapal Cathay. Pe lagi, dd amik peluang aaa tangkap gambar. Bukan senang nak tengok 380 dari jarak dekat… rezeki2. pastu duduk rehat sebelum boarding.


Sambil2 lepak, datang sekumpulan kastam dengan anjing2 dia. Dd lepak kat ujung sekali lebih kurang 20 orang terakhir dari 350 orang. Tengok je aaa diorang periksa sumer passenger satu persatu sebelum sampai kat dd. Sumer beg kena letak depan kita untuk anjing2 cek. Sumer orang ok je. TAPI sampai je kat dd, anjing tu hidu beg dd, then terus duduk. Dia tengok beg dd then tengok tuan dia, tengok lagi beg dd, tengok balik tuan dia. Perasaan masa tu macam nak pitam. Terpikir habih sumer benda. “beg aku takde makanan, takde liquid, takde dadah, takde barang haram” bayangkan, dari 300 lebih orang tu, kat beg kita je dia duduk…..jantung macam nak luruh masa tu.. Pastu tuan dia datang n duduk sebelah dd n tanya

Tuan anjing - Sir, do you understand and speak english?
Dd - Yes I am.
Tuan anjing – Just to let you know that, this dog was trained to smell high amount of money. So, may I know how much money do you have in your beg sir?
Dd – Sorry, I’m not sure the exact amount, but it is around xxxx pound.
Tuan anjing – ok that’s fine, what about in your pocket?
DD pun menyeluk poket n kuarkan duit 20 pound tunjuk kat dia.
Tuan anjing – Ok that’s fine. Thanks for your corporation.

Sekali lagi kembali tenang perasaan dd.


Sekarang kol 12.12pm, masa untuk boarding… dd berjalan dengan senangnya hati nak balik… TETIBA… jeng jeng jeng…

5 langkah sebelum masuk dalam aircraft, ada sorang staff cathay datang dengan pantasnya panggil dd n bagitau diorang terpaksa offload dd sebab flt penuh n priority untuk paid passenger.. bayang kan dd cuma 5 steps away from aircraft door. Its too close.. sedihnya..

~~~TO BE CONTINUED~~

9 comments:

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ said...

Nunu
bestnya LONDON
kalau dapat jalan2 gi sini aduhhhhhhhhhhhhhsYIOKNYA
merelit mata no....

takut gak baca crita tu
dalam babni sokmo kena hati2
nak naik flight pun payah kan
masatu hati dd saje yang taw'kaau kita camana agaknya erk.......

lyn said...

next time Mie pergi bawak Nurul and the kids ya.... :)

kot la dapat another one "made in london" pulak :p

Fateen SM said...

sungguhlah depa ni x pikir... lagi 5 steps kaaa... kita yg baca pun rasa, alahaiii tak patutnya.. dh depan mata, bagi ajalah.. lainlah kalau baru nk check in..

Puan Gee said...

mcm2 dugaan dd tempuhi nak sampai ke sini tue... tak sabar nak bc sambungannya...
neway... cantik2 pic yg dd ambik... menggamit memory plak kat london... rindu nya...

jane_doe3328 said...
This comment has been removed by the author.
eija28 said...

wow...terpegun tgk hasil tembakan di LONDON.....suke tgk gambar awk....lamanyer x bertemu di alam maya...slps blog awk magic of colour eija x dpt masuk dah....nak belajar editing pun dah terbantut...hope lps nie leh ajor eija buat editing mcm kat blog nie erk...suke tgk.....eija link blog awk....

lyn said...

Nurul

Happy Birthday to Mie!!!

semoga panjang umur & murah rezeki.... so that can visit me over here wokeh?

eh ku hutang mu $66. aiseh!

Janna Wan Muhammad said...

aiseh.....ada part 2 ko? cepat l smbg yer....hehehe

kamalnzura said...

berdebar pulak bila baca n3 nih..:D