Sunday, February 28, 2010

tutorial :- digital scrapbook

Terlebih rajin plak arini... hehhehe.. Dengan jayanya saya dah buat tutorial untuk buat gambar macam kat bawah ni... Tak sure link utk 4shared tu tahan berapa lama. so, agak2 nak try, sila la dengan segera.. :)

Saturday, February 27, 2010

Dah ujung bulan Februari...

Salam semua.. pejam celik pejam celik kita dah sampai penghujung februari.. pastu masuk Mac pulak. kejap je masa skang berlalu... entry untuk tahun ni pun baru berapa kerat..huhuhu.. tahun ni memang tak aktif berblog. Bukan dah pencen tapi takde cerita nak tulis..hehehe.. Gambar pun banyak lagi tak transfer ke hard disk... Ok, mula2 layan gambar ayam bakar ni dulu. Ni buat masa kitorang+ Acu tini gi mandi air terjun kat air terjun batu putih. gambar2 agak tidak comel tu pasal letak gambar ayam ni je...hahahaha


Ni plak gambar dua beradik ni dok main panjat sofa. (For more pictures, jemput tengok gambar kat facebook ek!) Dulu Hafiy je yang keje panjat sana sini, skang Hurin plak dapat inspirasi dari abang dia... Suka buat stunt betul la dua beradik ni... Hurin plak apa saja yang hafiy buat, mesti ikut! tu yang geram.. kalau bawak gi shopping complex tu, apa je yang hafiy sentuh hurin pun cepat2 sentuh gak... so, caranya jangan bagi hafiy sentuh apa2, barulah diam sket tangan hurin ni...huhhu


Sebelum tutup entry kali ni, saya nak ucapkan takziah dan mohon disedekahkan Al-fatihah kepada anak murid saya Zulhanizam bin Badrul Hisham yang meninggal pada 25hb lepas. Bila diingatkan memang sedih sangat tapi saya rasa ibu bapa Nizam mesti rasa bangga sebab semua memori yang dia tinggalkan untuk saya dan kawan2 dia semuanya memori yang indah dan baik-baik belaka... Semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

Saturday, February 13, 2010

Gong Xi Fa Cai...

Salam semua.. lama tak menjenguk blog kerana kekangan masa yang sentiasa padat. tahun ni jadual padat sungguh. makin banyak hari nak kena stay back kat skolah. kalau balik awal plak, bizi dengan cik abang hafiy dan cik adik hurin yang berjalan non stop. kejap gi dapur, kejap masuk bilik, kejap naik tangga.. memang tak bleh lepas mata langsung! Kepada sume kengkawan dan student yang akan menyambut chinese new year esok, Sam, Camille, Yolande, Joey,..( just to name a few..), just want to wish Gong Xi Fa Cai.... dan memandangkan tahun ni tahun harimau, mehla kita pakat2 mengaum... AAAuummmmmm!! :D
Insyaallah esok pagi kitorang balik umah opah ngan atok kat kelantan. Memandangkan skang dah takde direct flight penang-kota bharu, terpaksa la naik airasia penang-kl-kb. Mintak2 la Airasia ada bagi angpow...hahahaha