Thursday, May 28, 2009

Sudah 4 tahun...

Today is our 4th anniversary.. pejam celik pejam celik kejap je dah 4 tahun.. rasa cam baru je kawen.. rupa-rupanya dah ada anak dua...hehehhe..Alhamdulillah.. hopefully our marriage will be happily ever afterrrrrrrrr..... Aminnn

Tuesday, May 26, 2009

Sesaja nak update...

Sebenarnya minggu ni tersangatla bizi.. Berlambak lambak kertas exam tak tanda lagi. Add maths form 5, science form 4, modern maths form 4 + sivik form 5.. Campur paper 1 ngan paper 2 lagi! fenin fenin...Planning nak abiskan sumer before cuti sebab time cuti nak cuti betul2... takmo ngadap+pikir pasal keje. Nak rilex2 ngan encik daddy+hurin+hafiy puas2! Go go go! lagi baper ari je nak pulun ni! ~~sempat letak satu je layout.. before cuti skolah insyaallah update lagi~~

Sunday, May 17, 2009

Happy Birthday Darling :)

Happy birthday to my darling.. Semoga panjang umo, murah rezeki, sihat sejahtera dan dipermudahkan segala urusan oleh Nya.. Terima kasih untuk sumer2 yang darling buat untuk kitorang.. Thanks for being the greatest dad to Hafiy+Hurin... and a lovely hubby to me:) We're always very very very proud of you...
Kitorang saaaaayang sangat daddy... MMuahssss!!

Wednesday, May 13, 2009

The Terminal (PART ONE)

Daddy terpanggil untuk berkongsi cerita ni lepas baca blog kawan ibu ( http://reactivatefoto.blogspot.com/2009/04/doha-jeddah-international-airport.html )
The story of my journey begins! Actually I think this is the worst ever journey I ever had. More than 3 months daddy away from lovely family just because to find sesuap nasi. Hahahaha..



1 APRIL

11am, tamat le sudah dd nyer keje kat London. Huh.. lega tul rasa n tak sabar nak balik mesia … cecepat naik bas terus gi hotel. Chk out n naik taxi terus gi airport dengan harapan dapat balik mesia secepat mungkin. Dd kalau nak balik mesia memang kena gi Hong Kong dulu sebab company nak jimat, takmo naik airline lain selain Cathay Pacific. Try untuk naik flight kol 1pm. “Sorry sir, this flt overbooked. But we can put you under standby list just in case of no show passenger”. Dengan penuh harapan aku menunggu… sampai kol 12.50 pm. Memang 1 seat pun takde kosong.. malang bermula… macam ni le kalau travel ngan airline kita keje. Priority dia untuk penumpang berbayar pastu baru staff, walaupun dd dah pegang tiket kat tangan..


3pm, dd try flt yang akan berlepas kol 6ptg. Overbooked lagi. Standby lagi..tunggu sampai kol 5.50pm… jawapan yang sama diterima. 1 seat pun takde kosong. Malang lagi….

7pm, cuba lagi untuk flt 8mlm. Flt ni lagi teruk. Overbooked by 28 passengers + 15 staff standby macam dd. Walaupun priority dd dalam list tu no 6, tapi memang takde harapan langsung aaa dengan 28 orang overbooked. Huh.. memang tepat jangkaan dd, kol 7.50pm diorang bagitau, memang takde seat kosong… diorang cadangkan reroute dd nyer ticket untuk fly gi Rome, Paris or Berlin guna British Airways. Pastu dari sana amik Cathay Pacific gi Hong Kong. Tapi untuk option ni, bukan senang. Kena dapat kelulusan dari home port nyer boss, fax black n white ke London. Tak sempat nak mintak kelulusan tu, diorang chk dalam system, flt sana pun full untuk ke Hong Kong. Jadi tak guna jugaklah kalau terbang gi sana tapi sangkut kat sana plak. Yang penting skrg mcm mana nak sampai Hong Kong Kalau dah sampai Hong Kong baru ke Penang. Susah kan?! Nak wat camna.. cam dd cakap tadi aaa… demi mencari sesuap nasi. :p

9pm, cuba lagi untuk flt 10.30pm. :~( sama je mcm yang lepas2. tunggu je kat airport tu… sampai kol 10.20mlm.. kompom memang takde peluang langsung… ish ish ish… malang berganda ganda. Tapi dalam ati, mungkin ada hikmah disebaliknya.. or tuhan nak uji kesabaran…dengan sayu n kicewanya.. melangkah balik ke hotel. Masuk balik hotel yang sama ditengah malam :P:P:P. Malam tu tak leh tido, layan je aa internet… hahahahahah…..



2 APRIL

Seawal kol 7.30am dd dah bertolak sekali lagi ke airport. Dengan harapan yang cukup tinggi melangit.. pergh.. ayat power.. hahahahaha.. macam dalam citer Awan Dania la plak. :p sampai kat kaunter, terus dd dapat boarding pass. Huh dalam hati leganya.. akhirnya.. dapat jugak. 2 beg pun dah dapat chk in. dd orang pertama chk in sbb masa tu kaunter tak buka lagi. Flt kol 12.50pm, tapi sebab dd staff so bleh le chk in awal.. Seronok sangat.. beban dalam kepala hilang… huhuhuh.. gi breakfast jalan2 dalam terminal, n cepat2 gi kat sumer security chk. Takmo dah dok kat luar tu. Terus dd gi kat tpt menunggu. Mat mat saleh ni takut sangat orang bom bom. Dia nyer cek, fuh!!! Macam2… nasib baik takkena dibogelkan jek. :p berani kerana benar, takut kerana salah… dari kol 8.30am nak tunggu sampai kol 12.50pm bukan kejap tu. Puas juga aa pusing2. Sempat jugak le sopen sopen pe yang patut. Last chance filter. Filter apa? Filter duit laaa.. hahahahah

Lebih kurang kol 11.50am, dd gi kat gate berlepas. Masa nak masuk ke dewan menunggu tu, diorang scan tiket sumer orang. Orang lain scan sumer lampu ijau nyala. Time dd, lampu merah! terkezut… rupanya diaorang upgrade naik business class. Huh lega.. ingatkan kena tahan dah tadi.. :p Masuk je kat tpt menunggu tu, dengan hati riang tengok Airbus 380 parked sebelah kapal Cathay. Pe lagi, dd amik peluang aaa tangkap gambar. Bukan senang nak tengok 380 dari jarak dekat… rezeki2. pastu duduk rehat sebelum boarding.


Sambil2 lepak, datang sekumpulan kastam dengan anjing2 dia. Dd lepak kat ujung sekali lebih kurang 20 orang terakhir dari 350 orang. Tengok je aaa diorang periksa sumer passenger satu persatu sebelum sampai kat dd. Sumer beg kena letak depan kita untuk anjing2 cek. Sumer orang ok je. TAPI sampai je kat dd, anjing tu hidu beg dd, then terus duduk. Dia tengok beg dd then tengok tuan dia, tengok lagi beg dd, tengok balik tuan dia. Perasaan masa tu macam nak pitam. Terpikir habih sumer benda. “beg aku takde makanan, takde liquid, takde dadah, takde barang haram” bayangkan, dari 300 lebih orang tu, kat beg kita je dia duduk…..jantung macam nak luruh masa tu.. Pastu tuan dia datang n duduk sebelah dd n tanya

Tuan anjing - Sir, do you understand and speak english?
Dd - Yes I am.
Tuan anjing – Just to let you know that, this dog was trained to smell high amount of money. So, may I know how much money do you have in your beg sir?
Dd – Sorry, I’m not sure the exact amount, but it is around xxxx pound.
Tuan anjing – ok that’s fine, what about in your pocket?
DD pun menyeluk poket n kuarkan duit 20 pound tunjuk kat dia.
Tuan anjing – Ok that’s fine. Thanks for your corporation.

Sekali lagi kembali tenang perasaan dd.


Sekarang kol 12.12pm, masa untuk boarding… dd berjalan dengan senangnya hati nak balik… TETIBA… jeng jeng jeng…

5 langkah sebelum masuk dalam aircraft, ada sorang staff cathay datang dengan pantasnya panggil dd n bagitau diorang terpaksa offload dd sebab flt penuh n priority untuk paid passenger.. bayang kan dd cuma 5 steps away from aircraft door. Its too close.. sedihnya..

~~~TO BE CONTINUED~~

Tuesday, May 5, 2009

Tag about my name :) ~~ tagged by lynn

Rules: it's more difficult than you think! Copy this note, delete my answers and add yours. At the end, tag 10 friends. On every answer, use the first letter of your name. They must be real answers, do not invent! If the friend before you has the same letter, you must give different answers. You can't repeat twice the same word and cannot use your name for the answer referred to the female/male name.

Have fun!!

1. Your name: Iliani
2. A word of 4 letters: Idea
3. A male name: Idlan.
4. A female name: Imilin
5. A job: Interviewer
6. A color: Itam :P
7. An item of clothing: indonesian batik
8. A food: Ikan goreng :)
9. An item in the bathroom: Itik mainan
10. A place: Isetan
11. An apology to be in late: Ish, mintak maap la yer.. lambat sket ni.. :P
12. Something that you often cry out: Ieeee... geram betul!
13. A movie: Incredible hulk
14. A drink: iced tea
15. A band: i-bands (independent bands malaysia)
16. An animal: Itik
17. A road name: Ipoh kecil
18. A car: Iswara
19. A song: Ikan kekek mak iloi-iloi, ikan gelama mak ilai-ilai...Hahaha
20. An item in your room:
21. A flower: ixora
22. A nation: Italy
23. A city: Ipoh
24. An actor: ian somerhalder
25. A sport: Ice skating


Perghhhhh... nampak senang. Berpeluh gak nak bagi habis ni.. phewwww..
~Kali ni takde gambar. next entry la :)

Friday, May 1, 2009

Tag~~ masihkah kau ingat~~ leen wawie

Ni antara gambar peberet daddy.. setengah jam tau tunggu nak dapat gambar flight cathay pacific ni lalu depan hafiy...


hehheehe.. lucu plak tajuk tag ni... sebenarnya banyak tul kena tag tahun ni.. tapi sampai la tak berjawab lagi.. huhuhu.. buat satu satu dulu.. Ni tag pasal masa zaman cintan cintun..hehehhe


Tempat pertemuan anda dan suami utk pertama kalinya…

Kat matriks.. Kami ni satu matriks kat KYPM KB.. Alkisahnya En daddy adalah peminat rahsia saya. Secret admire gitu.. SEtahun jugakla dok dapat e-mail misteri bagitau arini nampak saya kat area mana, pakai baju apa, tudun apa, dengan sapa, selisih dengan 'dia' bila.. misteri betul. Sakit kepala saya +roomates dok pikir saperla mamat yang kami dok jumpa tiap2 ari... Sudahnya malam last yang kitorang bbeudak matriks ada dinner barulah encik daddy ni datang bagitau saper dia sebenarnya... TERKEJUT GILER SAMPAI RASA NAK PENGSAN! sebabnya sorang kawan baik saya ni minat habis kat encik daddy. So, saya pun selalu la jugak join skodeng encik daddy time dia balik library ke, jenjalan ngan kengkawan dia ke... takpun sembang2 dengar cerita pasal encik daddy ni.. huhuhu... dahla masa exam kitorang dok sebelah2..sib baik masa tu tak tau, kalau tak kompom terketar2 nak jawab exam...hahahahah

Pandangan peribadi anda terhadap sikap atau ciri2 pada dirinya ketika mula2 berkenalan…
baiknya mamat ni......

Tempat ‘dating’ di mana dia meluahkan perasaan pada anda

Hotel pe ek tempat kita dinner matriks tu?? huhuhu..lupa laaa


Jika anda masih ingat, ayat yg dia gunakan ketika meluahkan perasaannya…ceritanya masa tu terpisah ngan member2 satu group. so, jalan sana sini cari diaorang. Sekali dengar ada orang panggil nama. BIla tengok, encik daddy yang datang.. Pastu dia cakap" sayala yang hantar e-mail tu". Dengar satu ayat tu, terus nak pengsan! Saya pun terus pusing belakang, sambung cari member balik ... heheheh...

Berapa lama hubungan anda hingga ke jinjang pelamin?

7 tahun

Berapa lama usia perkahwinan anda sekarang?

nak masuk 4 tahun

Kejutan yg pernah dia buat pada anda…

Banyak sangat.. hehehe.. tapi antaranya masa encik daddy kat hong kong, time kol 1 lebih kat skolah dapat msg petang kol 6.30 amik dia kat airport..tak sangka tul balik aritu. suka suka je ulang alik gitu. hahhaaha

Perancangan anda dan dia dlm rumahtangga...

~~rahsia.....hehhehehe :P

Bagaimana dia melayani karenah anak2?

rajin ngasuh + layan hurin n hafiy.. bagi mandi, makan, alhamdulillah... memang ringan sangat rasa. tu pasal kalau daddy outstation, rasa kelam kabut tak cukup kaki tangan...huhuhu

Hubungan suami anda dengan keluarga sebelah anda...

alhamdulillah sangat baik :) parents saya pun sayang betul dengan encik daddy ni.. lebih dari sayang anak sendiri. jeles tau!

ok dah habis..... sekian terima kasih.. :)

to encik daddy, i luv u sooooo much!!!