Sunday, October 25, 2009

Buai laju laju....

Masih lagi gambar2 masa kat kampung.. Hafiy mmg sakan main buai. Dari pagi sampai ke petang dok naik buai tali ni je.. Sampaikan bila malam barulah dok ngadu sakit tangan la, sakit belakang la.. maunya tak sakit kalau dok berpaut kat buai je kejenya...
Adik hurin pun terliur gak nak naik buai... tak lepas peluang nak membuai gak..
Last ni gambar adik hurin dgn my beloved little sis, shira. Suka gambar ni sebab nampak cam klasik jek :)

Monday, October 19, 2009

Album raya part 2

Salam sumer... Sambung balik serdak2 gambar raya..hehehe.. orang lain dah siap sambut raya deepavali, myself tak habih2 lagi nak load gambar raya..huhuhuhu.. Arini pun ada kesempatan nak upload gambar sebab my school amik cuti peristiwa sempena deepavali.. mmg lega yg amat! Sebab skang ni takat sabtu ahad tu mmg tak sempat nak wat pe pon... facebook pun dah lama tak log in.. Oklah, mula2 gambar abang hafiy dok main kucing tokcik dia. tak larat nak larang sebab cian tgk kucing tu bila hafiy peluk mmg tak lepas.. semput kucing tu agaknya..huhuh
then gambar ramai2....yang ni plak gambar kat pantai kemasik. pantai ni 5 minit je dari umah achik. pagi2 pukul 7 raya ke-3 dan ke-4 kitorang dah pegi pantai.. mmg best sebab bleh tgk matahari naik.... lagi satu sebab nak bagi hafiy mandi pantai sb badan dia gatal2 pesal ntah. agaknya sakan main kucing kot. Alhamdulillah.. mmg mujarab petua mandi pantai ni... Yang dalam gambar dok tgk laut tu pakteh syafeeq.. tu mesti dia dok layan blues sebab takleh beraya ngan awek... hahahhaha


ok last, semestinya kalau ada gambar abang hafiy, mesti ada gambar adik hurin.. :) jumpa lagi next entry.. tata...


p/s: bagi sumer yang nak dapatkan layout yang putih simple jek, masa korang nak pilih layout tu, pilih MINIMA STRETCH. :)

Tuesday, October 6, 2009

Album raya part I

Fuh fuh fuh... buang sawang kat blog sket.. hehehhe... Kali ni lama betul nak update entry baru.. Memang bizi yang amat sampaikan langsung tak dapat nak curi masa nak jenguk blog. Gambar2 sumer terperam je.. Nak nak plak skang adik Hurin dah beleh jalan, so lagila takleh dok lama2 ngadap tenet sebab cik adik tu memang tak duduk diam.. Asyik jalan sana sini sampai ke dapur.. Abang hafiy plak pantang ibu ralit sket, suka betul nak dukung adik Hurin... Ish.. badan dahla nak lebih kurang jek, takut jatuh tertonggeng jek...huhuhu.. Ok, mula2 letak gambar hari buat ketupat dulu. Ni hari yang mula2 kami sampai kat Tganu :)
Then gambar adik Hurin n abang Hafiy di Hari raya :) Baju kurung adik Hurin ni malam raya baru siap.. hehehe.. Baju abang Hafiy plak daddy beli yang siap2 je before daddy pegi Hong Kong aritu.. amacam daddy?
Ni plak gambar ramai2... Tu pun bukan sumer yang dapat masuk. Takpe, gambar2 korang yang lain akan menyusul.. Tunggguuuuu...
Lastly, spesel untuk daddy tersayang... Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami :) Ni pun jenuh nak tarik Hafiy amik gambar... Culas sungguh!