Sunday, September 13, 2009

Satu hari di hari raya...

Kali ni kami sambut raya di kampung opah di kemasik, terengganu.. Insyaallah akan upload gambar bebanyak tapi agak lambat sket memandangkan laptop ni mcm seram sejuk nak demam..hihihi.. banyak sangat virus dok membiak la gamaknya..:D nak edit gambar pun dah tak bleh..huhuhu... so, layan la dulu gambar nan sekeping ini...

Selamat Hari Raya Aidilfitri....

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sumer yang mengenali kami samada di alam nyata mahupun cyber... Mohon ampun dan maaf andai tersalah kata terkasar bahasa. Kepada daddy yang jauh nun di perantauan, selamat hari raya aidilfitri..... Walaupun aidilfitri kali ni kita tak dapat beraya bersama, daddy tetap dekat dihati...

Disebabkan kali ni cuti panjang, ibu letak stock gambar banyak2.... Mula2 gambar adik Hurin prektis jalan..
Ni plak gambar masa potong kek aritu.. beli kek kecik2 jek..:)sebab bebudak ni bukan makan sangat.. daddy jugak yang nak kena perabis...hehehhe :P

ps-- kepada sumer kengkawan yang belum sempat kami buat kunjungan balas, insyaallah lepas raya sampai la kami ek! :)

Saturday, September 12, 2009

A week without u...

Genap seminggu daddy pegi Hong kong... Dan dalam seminggu ni my life memang kelam kabut+tunggang terbalik... On the 1st day, bangun sahur 'awal giler' lagi 5 minit nak habis imsak. Sib baik sempat minum susu segelas.. Lepas tu keesokkannya, my camera kena virus! Huwaaaa... gelap gulita hidup bila kamera 'tak sihat'. Huhuhu.. all the images inside tak bleh transfer ke laptop. Sib baik ada cikgu poji yg berjaya menenyeh semua virus tu... macih sesangat!! hari Khamis plak, masa nak gi keje my car telah memberi satu 'ciuman manja' kepada kereta my neighbour... Huwaaaa... yang kena tu keter Alfa Romeo plak tu.... Sadis betul...

And yesterday, i was trapped outside for 30 minutes sebab tertinggal kunci rumah dalam rumah. Dan sepanjang 30 minit tu, saya telah menjadi pemain ragbi dengan jayanya sebab dok try rempuh pintu nak kasi terbukak.... Walhal, bila jiran saya datang (pompuan jugak), sekali rempuh jek pintu terbukak terus!!! Huwaaaa..... another 9 weeks to go..... Encik daddy cepatla balik....



Dah abis citer malang, meh tengok gambar Hafiy yang tak abis2 jadi super hero... Asyik nak suruh ibu jadi raksasa jek... mana aci!

And lastly, ni gambar peberet ibu sebab susah betul nak kasi hurin pakai tudung gini...


ps: ni pesanan daddy untuk uncle tajul... daddy kata awat susah sangat nak masukkan komen kat blog uncle tajul... yang bahagian verify words tu selalu tak kuar.. macih!

Monday, September 7, 2009

Selamat harijadi Hurin Imilin...

Esok 8 September 2009 genaplah umo Hurin satu tahun.. kejap betul masa berlalu.. Macam terdengar2 lagi tangisan hurin masa mula2 kuar dulu..

To our beloved Uyin, daddy, ibu n abang hafiy doakan semua yang baik baik dan terbaik untuk uyin... We luv u soooo much!! muahs muahssss!!